Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Kpn Dahului 695 Penerima Darjah Bintang Dan Pingat Kebesaran Melaka

Published: 24 Aug 2021 8.17 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Melaka, 24 Ogos 2021 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato’ Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani mendahului senarai 695 penerima Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka sempena Sambutan Hari Jadi Rasmi Ke-72 Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Mohd Rustam hari ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-kpn-dahului-695-penerima-darjah-bintang-dan-pingat-kebesaran-melaka
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 18:37 MYT
Melaka, 24 Ogos 2021 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato’ Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani mendahului senarai 695 penerima Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka sempena Sambutan Hari Jadi Rasmi Ke-72 Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Mohd Rustam hari ini.

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka dalam satu kenyataan memaklumkan Dato’ Sri Acryl Sani menerima anugerah Darjah Gemilang Seri Melaka (DGSM) yang membawa gelaran Datuk Seri.

Menurut kenyataan itu, turut menerima anugerah sama adalah Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd Zain.

Selain itu, seramai 14 individu menerima anugerah Darjah Cemerlang Seri Melaka (DCSM) yang membawa gelaran Datuk Wira antaranya Ketua Polis Melaka Datuk Abdul Majid Mohd Ali, Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Dr Noor Zari Hamat, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bidara Datuk Md Rawi Mahmud, ADUN Sungai Rambai Datuk Hasan Abd Rahman dan lagenda bola sepak negara Datuk Soh Chin Ann.

Bagi pihak seluruh warga Polis Diraja Malaysia, kami mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas buat Ketua Polis Negara atas penganugerahan darjah kebesaran negeri Melaka tersebut.

Bacaan lanjut di pautan berikut: https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1995725

Sumber: BERNAMA

KPN dahului 695 penerima Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Melaka
ArticlePublished 24 Aug 2021 8.17 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM