Article
Artikel Pilihan Kpn Arah Ketua Polis Negeri Dan Daerah Bekerjasama Dengan Media
Kuala Lumpur, 1 Ogos 2022 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani mengarahkan semua Ketua Polis Negeri dan Ketua Polis Daerah supay...
Kuala Lumpur, 1 Ogos 2022 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani mengarahkan semua Ketua Polis Negeri dan Ketua Polis Daerah supaya memberi kerjasama kepada pihak media dalam menyalurkan sebarang maklumat diperlukan.
Beliau berkata, ia bagi mengelak sebarang kekeliruan maklumat dan salah faham khususnya dalam kalangan masyarakat.
"Kebanyakan kes yang berlaku adalah rutin, jadi kenapa saya perlu mengehadkan kepada Pengarah Jabatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk memberikan kenyataan media, maka inilah peranan ketua polis (negeri dan daerah) untuk beri apa jua maklumat kepada media," katanya kepada pemberita pada Majlis Makan Malam PDRM bersama media di Bukit Aman di sini malam tadi.
Sumber: Berita Harian Online
