Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Koperal Mohd Hafizul Harumkan Nama Pdrm Di Persada Dunia

Published: 04 Jan 2026 12.51 PM Updated: 15 Aug 2026 6.42 PM
Kuala Lumpur, 4 Januari 2026 - Tanggungjawab sebagai bapa, suami dan cabaran tugas seorang anggota polis tidak menghalang Koperal Mohd Hafizul Tuah mengharumkan nama negara dalam sukan bina badan di persada antarabangsa.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-koperal-mohd-hafizul-harumkan-nama-pdrm-di-persada-dunia
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 00:16 MYT
Kuala Lumpur, 4 Januari 2026 - Tanggungjawab sebagai bapa, suami dan cabaran tugas seorang anggota polis tidak menghalang Koperal Mohd Hafizul Tuah mengharumkan nama negara dalam sukan bina badan di persada antarabangsa.

Mohd Hafizul, 36, berkata, kesemua cabaran yang ditempuh itu tidak sedikit pun melunturkan semangat juang dalam dirinya malah ia menjadikan setiap pencapaian yang dikecapi menjadi lebih manis.

Menurutnya, setiap perjuangan dan pencapaian baik yang dikecapi dirinya diharap dapat mengharumkan nama negara dan secara tidak langsung mengangkat reputasi Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"Sejujurnya pada peringkat awal isteri tidak berapa sokong apabila saya mahu jadi atlet kerana banyak habiskan masa lapang di gimnasium tetapi apabila saya mula menang beberapa pertandingan baru dia mula berubah fikiran.

"Sampai satu tahap apabila saya kerap sertai pertandingan dan banyak menang kejohanan bina badan dari situ saya diserap masuk dalam 'team' bina badan PDRM," katanya kepada Harian Metro.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut,
Sumber: Harian Metro

Artikel Pilihan Koperal Mohd Hafizul Harumkan Nama Pdrm Di Persada Dunia
ArticlePublished 04 Jan 2026 12.51 PMUpdated 15 Aug 2026 6.42 PM