Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Koleksi Pameran Galeri Darurat Bukit Kepong Tidak Terjejas Banjir

Published: 07 Jan 2022 11.36 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Pengarah Muzium Kepolisan, Superintendan Selamat Sainayune berkata, sehingga hari ini bahagian bawah galeri berkenaan masih ditenggelami air banjir setinggi dua meter.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-koleksi-pameran-galeri-darurat-bukit-kepong-tidak-terjejas-banjir
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 03:35 MYT
Muar, 7 Januari 2022 - Selain pekan Lenga dan Bukit Kepong, Galeri Darurat Bukit Kepong juga antara kawasan yang teruk dilanda banjir di daerah ini apabila banyak kawasan kampung dinaiki air berpunca dari Sungai Muar melimpah.

Pengarah Muzium Kepolisan, Superintendan Selamat Sainayune berkata, sehingga hari ini bahagian bawah galeri berkenaan masih ditenggelami air banjir setinggi dua meter.

Katanya, kedudukan galeri berkenaan yang hanya 30 meter dari tebing Sungai Muar menyebabkan ia sering dinaiki air setiap kali musim tengkujuh.

"Tiada sebarang kerosakan berlaku di dalam galeri kerana semua barang pameran dan koleksi berada di tingkat dua dan tiga bangunan berkenaan serta dalam keadaan selamat," katanya.

Sumber: Harian Metro

Koleksi pameran Galeri Darurat Bukit Kepong tidak terjejas banjir [METROTV] | Harian Metro
ArticlePublished 07 Jan 2022 11.36 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM