Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Kolaborasi Jahat Sindiket Rokok Seludup Pengarah Jabatan Kdnka

Published: 17 Aug 2021 2.20 PM Updated: 17 Jul 2026 2.23 AM
Kuala Lumpur, 17 Ogos 2021 - Wujudkan kerjasama 'gelap' dalam berkongsi maklumat berhubung penugasan dan pergerakan pihak berkuasa.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-kolaborasi-jahat-sindiket-rokok-seludup-pengarah-jabatan-kdnka
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 00:16 MYT
Kuala Lumpur, 17 Ogos 2021 - Wujudkan kerjasama 'gelap' dalam berkongsi maklumat berhubung penugasan dan pergerakan pihak berkuasa.

Itu antara pendekatan diambil sekurang-kurangnya empat kumpulan penyeludup rokok terbesar di Sarawak dalam memastikan kelancaran aktiviti jenayah dilakukan.

Mendedahkan perkara itu, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, CP Dato' Zainal Abidin Kasim berkata, segala maklumat mengenai pergerakan pihak berkuasa dikongsi satu sama lain anggota sindiket yang aktif menyeludup rokok putih dari negara jiran.

"Kes penyeludupan rokok di Sarawak dianggap agak besar. Pelbagai cara mereka lakukan termasuk menyeludup menggunakan jalan darat dan laut.

"Semua maklumat mengenai pergerakan akan dikongsi sesama mereka bertujuan untuk mematikan tindakan dan operasi pihak berkuasa," katanya.

Dato' Zainal Abidin berkata, kegiatan jenayah membabitkan barangan seludup serta perniagaan kontraban di negeri itu terutama rokok seludup mencecah nilai puluhan juta ringgit.

"Sehingga April tahun ini sahaja, kami berjaya merampas rokok seludup bernilai RM12.08 juta di Sarawak. Manakala bagi tahun 2020, nilai keseluruhan rampasan di negeri itu adalah RM29.9 juta.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut: https://www.hmetro.com.my/.../kolaborasi-jahat-sindiket...

Sumber: Harian Metro
ArticlePublished 17 Aug 2021 2.20 PMUpdated 17 Jul 2026 2.23 AM