Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Khidmat Polis Bantuan Tidak Boleh Disalah Guna Dikomersialkan

Diterbitkan: 23 Dec 2025 8.12 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.31 AM
Kuala Lumpur, 23 Disember 2025 - Pihak yang menggunakan khidmat polis bantuan diingatkan supaya tidak menyalah tafsir fungsi pasukan itu atau menggunakannya bagi tujuan komersial.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-khidmat-polis-bantuan-tidak-boleh-disalah-guna-dikomersialkan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 05:28 MYT
Kuala Lumpur, 23 Disember 2025 - Pihak yang menggunakan khidmat polis bantuan diingatkan supaya tidak menyalah tafsir fungsi pasukan itu atau menggunakannya bagi tujuan komersial.

Timbalan Pengarah (Operasi Pencegahan/Koordinasi Sumber Sokongan) Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman, Pemangku DCP Dato' Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata polis bantuan diwujudkan bagi menyokong ekosistem keselamatan negara serta membantu Polis Diraja Malaysia dalam skop tanggungjawab yang ditetapkan.

Beliau berkata sebarang bentuk penyalahgunaan kuasa, penugasan di luar kelulusan, penggunaan anggota atau aset bagi tujuan komersial di samping pelaksanaan tugas yang bercanggah dengan peraturan adalah tidak dibenarkan sama sekali.

"Amalan sedemikian bukan sahaja menyalahi peraturan, malah boleh menjejaskan kredibiliti serta kepercayaan masyarakat terhadap institusi keselamatan", katanya dalam ucapan penutup Persidangan Tahunan Persatuan Polis Bantuan Malaysia (MAPA) ke-36 di sini hari ini.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut,

Sumber: BERNAMA

Artikel Pilihan Khidmat Polis Bantuan Tidak Boleh Disalah Guna Dikomersialkan


ArtikelDiterbitkan 23 Dec 2025 8.12 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.31 AM