Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Keselamatan Anggota Sentiasa Dititikberatkan Semasa Operasi Cegah Lumba Haram

Published: 10 Aug 2021 12.01 PM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Pengarah Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik, CP Dato' Azisman Alias berkata, anggota polis yang terlibat dalam mana-mana operasi membanteras lumba haram dinasihat menggunakan pendekatan mengumpul bukti melalui gambar dan video kenderaan dan individu terbabit untuk tujuan penguatkuasaan dan pendakwaan di mahkamah.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-keselamatan-anggota-sentiasa-dititikberatkan-semasa-operasi-cegah-lumba-haram
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 23:52 MYT
Kuala Lumpur, 10 Ogos 2021 - Keselamatan anggota semasa menjalankan tugas melibatkan operasi mencegah lumba haram sentiasa dititikberatkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi mengelakkan berlakunya kejadian tidak diingini.

Pengarah Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik, CP Dato' Azisman Alias berkata, anggota polis yang terlibat dalam mana-mana operasi membanteras lumba haram dinasihat menggunakan pendekatan mengumpul bukti melalui gambar dan video kenderaan dan individu terbabit untuk tujuan penguatkuasaan dan pendakwaan di mahkamah.

Beliau berkata anggota polis yang terlibat dalam operasi juga dinasihatkan untuk tidak 'engage' atau berdepan dengan kumpulan-kumpulan yang berlumba ini kerana ia boleh membahayakan keselamatan diri anggota terlibat.

"Walaupun polis tidak dapat membuat penahanan pada hari yang sama tetapi bukti-bukti ini boleh digunakan untuk pihak polis melakukan tahanan,” katanya kepada Bernama hari ini.

Dato' Azisman berkata, pendekatan sedemikian digunakan sejak beliau menjadi pengarah di jabatan berkenaan pada tahun 2018 dan semua JSPT di seluruh kontinjen polis negeri menggunakan pendekatan yang sama.

"Bagi kes yang berlaku di Kajang, ia adalah kemalangan yang tidak disengajakan dan kami amat terkilan dengan kejadian itu, " katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kemalangan yang mengorbankan dua anggota polis ketika mengejar pelumba haram di kilometer 24.4 Lebuhraya Lingkaran Kajang (SILK) dari arah Kajang ke Putrajaya, awal Ahad lepas.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bernama.com/bm/news.php?id=1991368
Sumber: BERNAMA
ArticlePublished 10 Aug 2021 12.01 PMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM