Artikel
Artikel Pilihan Kes Simbah Asid Faisal Halim Polis Masih Siasat Tak Henti Siasatan Kpn
Kuala Lumpur, 23 November 2024 - Polis Diraja Malaysia tidak pernah menghentikan siasatan kes membabitkan pemain Selangor FC, Faisal Halim, yang parah disimbah...
Kuala Lumpur, 23 November 2024 - Polis Diraja Malaysia tidak pernah menghentikan siasatan kes membabitkan pemain Selangor FC, Faisal Halim, yang parah disimbah asid dalam kejadian pada 5 Mei lalu.
Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain berkata, pihaknya juga tidak berhenti daripada berusaha mencari sebarang maklumat baharu yang dapat membantu siasatan kes itu.
"Daripada tangkapan dilakukan itu, pihak Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman membuat siasatan secara terperinci, namun tiada bukti dapat mengaitkan ketiga-tiga suspek dengan kes terbabit.
"Hasil analisis forensik terhadap telefon ketiga-tiga suspek mendapati tiada bukti atau perbualan yang mereka terlibat dalam kes itu.
"Malah, pihak JSJ juga melakukan pemeriksaan terhadap akaun-akaun bank mereka (suspek), namun tiada sebarang transaksi wang meragukan atau upah bayaran ditemukan," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Bacaan lanjut seperti di pautan berikut,
Sumber: Berita Harian