Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Ppm Tumpaskan 7 103 Kes Babitkan Nilai Rampasan Rm210 Juta Sehingga Oktober Tahun Ini Kpn

Diterbitkan: 23 Nov 2024 8.43 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Lahad Datu, 23 November 2024 - Pasukan Polis Marin (PPM) merekodkan kejayaan cemerlang menumpaskan 7,103 kes membabitkan nilai rampasan RM210 juta bagi tempoh Januari hingga Oktober tahun ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-ppm-tumpaskan-7-103-kes-babitkan-nilai-rampasan-rm210-juta-sehingga-oktober-tahun-ini-kpn
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 19:32 MYT
Lahad Datu, 23 November 2024 - Pasukan Polis Marin (PPM) merekodkan kejayaan cemerlang menumpaskan 7,103 kes membabitkan nilai rampasan RM210 juta bagi tempoh Januari hingga Oktober tahun ini.

Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain berkata, kejayaan itu membabitkan rampasan dadah, rokok dan minuman keras, penyeludupan petrol dan diesel serta hidupan liar darat dan laut.

"Bagi pihak pucuk pimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kita masih mempertahankan bahawa PPM ini perlu berada di dalam PDRM, walaupun mungkin sebelum ini akan diletakkan di bawah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Sambutan Hari Ulang Tahun PPM ke-77 di Markas Operasi PPM Wilayah 4 Lahad Datu di sini, hari ini.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut,

ArtikelDiterbitkan 23 Nov 2024 8.43 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM