Artikel
Artikel Pilihan Kes Kematian Tiga Penjenayah Hasil Siasatan Akan Dikemukakan Ke Agc Pm
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri (PM), Dato’ Seri Anwar Ibrahim memaklumkan bahawa hasil siasatan berhubung kes kematian tiga penjenayah yang ditembak mati polis...
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri (PM), Dato’ Seri Anwar Ibrahim memaklumkan bahawa hasil siasatan berhubung kes kematian tiga penjenayah yang ditembak mati polis di Melaka bulan lalu akan dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) hari ini.
Dato’ Seri Anwar berkata, beliau telah diberi jaminan oleh Ketua Polis Negara (KPN) bahawa siasatan secara rapi dijalankan berhubung kejadian berkenaan.
“Kini yang menimbulkan banyak persoalan tentang kematian tiga yang dianggap penjenayah tegar di Melaka. Siasatan rapi dibuat dan saya dapat jaminan daripada KPN dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.
“Bahawa siasatan rapi dan telus tidak ada tolak ansur dan laporan telah mereka kemukakan kepada Peguam Negara hari ini untuk tindakan lanjut. Tapi kita kena bedakan di antara keterlanjuran polis yang tidak boleh kita abaikan dengan tindakan penjenayah-penjenayah tegar,” katanya.
Sumber: Buletin TV3

