Artikel Pilihan Kertas Siasatan Rakaman Audio Mirip Zahid Dan Anwar Dibuka
Kuala Lumpur, 9 April 2021 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah membuka kertas siasatan berhubung rakaman audio perbualan didakwa mirip suara Presiden UMNO, Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden PKR, Dato' Seri Anwar Ibrahim, yang tersebar baru-baru ini.
Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato' Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani berkata, siasatan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
"Polis sudah membuka kertas siasatan susulan lapan laporan polis yang diterima berhubung perkara itu setakat ini.
"Kita akan menghantar rakaman audio itu ke Makmal Forensik bagi tujuan analisis perbandingan persamaan suara dalam rakaman audio berkenaan," katanya ketika dihubungi Berita Harian, hari ini.
Dato' Seri Ahmad Zahid dan Dato' Seri Anwar menjadi tumpuan selepas rakaman audio perbualan yang didakwa mirip suara mereka tular di media sosial sejak Rabu lalu.
Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.bharian.com.my/beri…/nasional/…/04/805228/bhplus
Sumber: Berita Harian
