Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Kerajaan Persekutuan Setuju Salur Dana Baik Pulih Ipk Sarawak Tpm

Diterbitkan: 30 Jan 2023 3.07 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuching, 28 Januari 2023 - Kerajaan Persekutuan bersetuju memberikan peruntukan kepada Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak (IPK) bagi menambah baik fasiliti balai-balai polis di negeri itu melalui dana Timbalan Perdana Menteri.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-kerajaan-persekutuan-setuju-salur-dana-baik-pulih-ipk-sarawak-tpm
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 07:51 MYT
Kuching, 28 Januari 2023 - Kerajaan Persekutuan bersetuju memberikan peruntukan kepada Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak (IPK) bagi menambah baik fasiliti balai-balai polis di negeri itu melalui dana Timbalan Perdana Menteri.

Tanpa menyatakan jumlah keseluruhan peruntukan itu, Timbalan Perdana Menteri, Dato' Sri Hj. Fadillah Yusof berkata sebagai contoh, sembilan balai polis dan kuarters di sekitar Kuching memerlukan peruntukan kira-kira berjumlah RM500,000.

“Kita berharap dengan peruntukan di bawah Timbalan Perdana Menteri ini kita dapat menambah baik keadaan di IPK dan balai polis di negeri ini secepat mungkin dan saya akan salurkan secara terus kepada pihak polis.

“Saya diberi amanat oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim untuk melihat kepada infrastruktur Sabah dan Sarawak jadi saya membuat lawatan ke IPK ini untuk mendapatkan taklimat apa yang perlu kita laksanakan untuk menambah baik kemudahan khususnya di kawasan luar bandar,” katanya.

Terdahulu, Dato' Sri Hj. Fadillah menerima taklimat oleh Pesuruhjaya Polis Sarawak, CP Dato' Mohamad Azman Ahmad Sapri yang berlangsung kira-kira satu jam.
Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.bernama.com/bm/news.php?id=2159847

Sumber: BERNAMA dan Polis Sarawak

May be an image of 12 people and people standing

May be an image of 4 people, people standing and outdoors

May be an image of 5 people

May be an image of 2 people and people sitting

May be an image of 3 people, people standing and text

May be an image of 11 people and people standing

May be an image of 9 people, people sitting, people standing and indoor



ArtikelDiterbitkan 30 Jan 2023 3.07 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM