Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Kerajaan Akan Segerakan Perolehan Kamera Badan Untuk Pdrm

Diterbitkan: 13 Dec 2022 11.37 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 6.32 PM
Kuala Lumpur, 13 Disember 2022 - Kerajaan akan menyegerakan perolehan kamera badan bagi kegunaan anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-kerajaan-akan-segerakan-perolehan-kamera-badan-untuk-pdrm
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 10:32 MYT
Kuala Lumpur, 13 Disember 2022 - Kerajaan akan menyegerakan perolehan kamera badan bagi kegunaan anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, peruntukan sebanyak RM30 juta sudah diluluskan bagi tujuan itu. Beliau berkata, penggunaan kamera badan bagi tujuan penguatkuasaan adalah perlu buat masa ini dan bajet sesuai untuk tujuan itu juga sudah diperuntukkan.

"Keperluan bajet bagi proses perolehan ini membabitkan beberapa kementerian, khususnya Kementerian Kewangan. Saya difahamkan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Dato' Sri Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz, mereka akan terus menyusul dengan tindakan.

"Ia bagi memastikan supaya ia (perolehan) akan disegerakan. Kita tiada kawalan terhadap aspek itu. Kita harap kerenah yang melambatkan akan dapat diatasi," katanya.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bharian.com.my/.../kerajaan-akan-segerakan...#

ArtikelDiterbitkan 13 Dec 2022 11.37 AMDikemas kini 15 Aug 2026 6.32 PM