Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Kelayakan Piala Asia 2023 Polis Tingkat Kawalan Keselamatan Pengarah Jabatan Kdnka

Published: 08 Jun 2022 2.31 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 8 Jun 2022 - Polis Diraja Malaysia akan mempertingkat kawalan keselamatan Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini, bagi memastikan keselamatan orang ramai terjamin menjelang perlawanan Kelayakan Piala Asia antara Turkmenistan menentang Malaysia dan Bahrain melawan Bangladesh, hari ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-kelayakan-piala-asia-2023-polis-tingkat-kawalan-keselamatan-pengarah-jabatan-kdnka
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 00:27 MYT
Kuala Lumpur, 8 Jun 2022 - Polis Diraja Malaysia akan mempertingkat kawalan keselamatan Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini, bagi memastikan keselamatan orang ramai terjamin menjelang perlawanan Kelayakan Piala Asia antara Turkmenistan menentang Malaysia dan Bahrain melawan Bangladesh, hari ini.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), CP Dato’ Sri Hazani Ghazali berkata menjelang perlawanan yang dijangka dihadiri 85,000 penonton itu, pihaknya juga akan memastikan prosedur operasi standard yang ditetapkan dipatuhi.

Beliau berkata penugasan polis turut melibatkan kawalan lalu lintas dan keselamatan orang ramai yang akan bermula 4 petang ini.

"Polis juga akan mengetatkan kawalan keselamatan pada perlawanan akan datang di antara Bangladesh melawan Turkmenistan dan Malaysia menentang Bahrain, Sabtu ini.
“Sebagai langkah keselamatan, pemeriksaan akan dilakukan sebelum pintu masuk dan juga selepas memasuki stadium. Petugas akan memeriksa badan mahupun beg yang dibawa penonton dan mereka yang tidak lengkap vaksin tidak dibenarkan memasuki stadium," katanya dalam kenyataan semalam.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2088812

Sumber: BERNAMA
ArticlePublished 08 Jun 2022 2.31 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM