
Artikel
Artikel Pilihan Kelayakan Piala Asia 2023 Polis Tingkat Kawalan Keselamatan Pengarah Jabatan Kdnka
Kuala Lumpur, 8 Jun 2022 - Polis Diraja Malaysia akan mempertingkat kawalan keselamatan Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini, bagi memastikan keselamatan oran...
Kuala Lumpur, 8 Jun 2022 - Polis Diraja Malaysia akan mempertingkat kawalan keselamatan Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini, bagi memastikan keselamatan orang ramai terjamin menjelang perlawanan Kelayakan Piala Asia antara Turkmenistan menentang Malaysia dan Bahrain melawan Bangladesh, hari ini.
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), CP Dato’ Sri Hazani Ghazali berkata menjelang perlawanan yang dijangka dihadiri 85,000 penonton itu, pihaknya juga akan memastikan prosedur operasi standard yang ditetapkan dipatuhi.
Beliau berkata penugasan polis turut melibatkan kawalan lalu lintas dan keselamatan orang ramai yang akan bermula 4 petang ini.
"Polis juga akan mengetatkan kawalan keselamatan pada perlawanan akan datang di antara Bangladesh melawan Turkmenistan dan Malaysia menentang Bahrain, Sabtu ini.
“Sebagai langkah keselamatan, pemeriksaan akan dilakukan sebelum pintu masuk dan juga selepas memasuki stadium. Petugas akan memeriksa badan mahupun beg yang dibawa penonton dan mereka yang tidak lengkap vaksin tidak dibenarkan memasuki stadium," katanya dalam kenyataan semalam.
Sumber: BERNAMA