Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Kdn Kaji Dapatkn Aset Baharu Untuk Pdrm Mdn

Published: 14 Jan 2022 12.37 PM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Segamat, 14 Januari 2022 - Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mengkaji keperluan mendapatkan aset baharu untuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), khusus bagi membantu pasukan itu semasa ia berdepan dengan situasi banjir atau bencana lain pada masa depan.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-kdn-kaji-dapatkn-aset-baharu-untuk-pdrm-mdn
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 13:48 MYT
Segamat, 14 Januari 2022 - Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mengkaji keperluan mendapatkan aset baharu untuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), khusus bagi membantu pasukan itu semasa ia berdepan dengan situasi banjir atau bencana lain pada masa depan.

Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Hamzah Zainudin berkata, cadangan itu dikemukakan susulan aset sedia ada termasuk helikopter dan bot, didapati telah usang dan tidak mencukupi selain ketinggalan daripada segi teknologi.

“Banyak aset kita apabila kita nak bantu, baru kita sedar aset kita misalnya bot yang kita guna selama ni sudah lama, kita nak cari bot yang lebih sesuai (digunakan) untuk bencana banjir pada masa akan datang.

“Aset lama seperti helikopter, kita rasa bahaya bila ada ribut petir dan hujan lebat kerana ia tidak mempunyai instrumen yang boleh disesuaikan dalam keadaan banjir atau bencana lain,” katanya pada sidang media selepas melawat Markas Taktikal Op Banjir PDRM di Pusat Latihan Polis Segamat, di sini hari ini.

Beliau berkata situasi banjir kali ini memberi peluang kepada kementeriannya menilai semula keperluan untuk membeli aset baharu supaya kerja-kerja memberi bantuan termasuk menyelamat berjalan dengan lancar.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2043345

Sumber: BERNAMA
ArticlePublished 14 Jan 2022 12.37 PMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM