Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Kdn Garis 11 Strategi Kekang Penyeludupan Penyalahgunaan Dadah

Published: 02 Sep 2024 12.46 PM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Persidangan yang mengetengahkan 30 kertas perbincangan membabitkan empat kluster iaitu keselamatan dan ketenteraman awam, keselamatan sempadan, keselamatan siber dan keselamatan sosial itu turut bersetuju dengan 11 strategi utama perlu dilakukan negara dalam usaha mengekang jenayah terbabit.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-kdn-garis-11-strategi-kekang-penyeludupan-penyalahgunaan-dadah
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 00:58 MYT
Kuala Lumpur, 2 September 2024 - Persidangan Keselamatan Dalam Negara 2024 hari ini bersetuju meletakkan jenayah penyeludupan, penyalahgunaan dadah dan substan (bahan) masih memberi implikasi utama dalam kestabilan politik, ekonomi serta sosial negara.

Persidangan yang mengetengahkan 30 kertas perbincangan membabitkan empat kluster iaitu keselamatan dan ketenteraman awam, keselamatan sempadan, keselamatan siber dan keselamatan sosial itu turut bersetuju dengan 11 strategi utama perlu dilakukan negara dalam usaha mengekang jenayah terbabit.

Sehubungan itu, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Hj. Ruji Hj. Ubi berkata, semua pihak berkepentingan perlu memberikan komitmen terhadap 11 strategi yang digariskan itu, selain tindakan susulan bagi memastikan kejayaan pelaksanaan resolusi yang mengenal pasti jenayah dadah dan substan sebagai ancaman utama negara.

Beliau berkata demikian pada sesi penutup persidangan bertemakan 'Keselamatan Bukan Untuk Dikompromi' di sini hari ini.

Sumber: Berita Harian

Artikel Pilihan Kdn Garis 11 Strategi Kekang Penyeludupan Penyalahgunaan Dadah
ArticlePublished 02 Sep 2024 12.46 PMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM