Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Kdn Fokus Aspek Keselamatan Bantu Pacu Ekonomi Negara

Published: 06 Dec 2022 2.00 PM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Putrajaya, 6 Disember 2022 - Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama semua komponen di bawahnya menekankan aspek ketenteraman negara bagi menjamin kestabilan politik dalam usaha membantu kerajaan memacu ekonomi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-kdn-fokus-aspek-keselamatan-bantu-pacu-ekonomi-negara
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 23:49 MYT
 
 
 
 
Putrajaya, 6 Disember 2022 - Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama semua komponen di bawahnya menekankan aspek ketenteraman negara bagi menjamin kestabilan politik dalam usaha membantu kerajaan memacu ekonomi.

Menteri Dalam Negeri, Senator Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, aspek keselamatan merupakan prasyarat bagi mana-mana negara dalam melaksanakan apa sahaja visi dan polisi kerajaan.

Menurutnya, dalam iklim politik ketika ini, kenyataan-kenyataan berbaur perkauman wajar dielakkan oleh semua pihak yang boleh mengganggu usaha kerajaan mendepani isu seperti kos sara hidup serta ekonomi rakyat.

"Saya sangat yakin bahawa pasukan saya sangat berdedikasi tinggi dan aspek kerja berpasukan sangat terserlah untuk mendukung apa-apa aspirasi baharu yang akan diperkenal.

"Kita tumpu untuk memakmurkan ekonomi, fokus isu rakyat, kos sara hidup dan meningkatkan pendapatan serta peluang pekerjaan," katanya pada sidang media selepas selesai memberi taklimat di KDN di sini pada Selasa.

Sumber: Sinar Harian

 
ArticlePublished 06 Dec 2022 2.00 PMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM