Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Kdn Cadang Wujud Pusat Sehenti Forensik Percepatkan Siasatan Kes

Published: 27 Oct 2022 1.54 AM Updated: 17 Jul 2026 3.31 AM
Kuala Lumpur, 26 Oktober 2022 - Kementerian Dalam Negeri (KDN) bercadang mewujudkan pusat sehenti bagi melancarkan penyiasatan sesuatu kes yang melibatkan aspek forensik.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-kdn-cadang-wujud-pusat-sehenti-forensik-percepatkan-siasatan-kes
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 00:17 MYT
Kuala Lumpur, 26 Oktober 2022 - Kementerian Dalam Negeri (KDN) bercadang mewujudkan pusat sehenti bagi melancarkan penyiasatan sesuatu kes yang melibatkan aspek forensik.

Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Hamzah Zainudin berkata pusat sehenti berkenaan turut akan melibatkan KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM), Jabatan Pendaftaran Negara, Malaysia (JPN) dan Jabatan Kimia Malaysia bagi memudahkan pengumpulan maklumat selain mempercepatkan proses siasatan sesuatu kes.

“Pusat sehenti berkenaan perlu dibantu pegawai KKM, JPN, Jabatan Kimia serta agensi berkaitan dalam memperoleh data yang diperlukan.

“Sekiranya ada kaedah yang baik dengan pusat sehenti yang mencukupi, saya yakin kita akan menyelesaikan kes dengan cepat...dan suspek boleh dihadapkan ke mahkamah,” katanya.

Beliau bercakap dalam sidang media selepas merasmikan Simposium Sains Forensik Kebangsaan Untuk Penguatkuasaan Undang-undang (NAFSLE) 2022 di Maktab PDRM KL, di Cheras, di sini, hari ini.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.bernama.com/bm/jenayah_mahkamah/news.php...

Sumber: BERNAMA

Artikel Pilihan Kdn Cadang Wujud Pusat Sehenti Forensik Percepatkan Siasatan Kes
ArticlePublished 27 Oct 2022 1.54 AMUpdated 17 Jul 2026 3.31 AM