Artikel
Artikel Pilihan Kdn Cadang Wujud Pusat Sehenti Forensik Percepatkan Siasatan Kes
Kuala Lumpur, 26 Oktober 2022 - Kementerian Dalam Negeri (KDN) bercadang mewujudkan pusat sehenti bagi melancarkan penyiasatan sesuatu kes yang melibatkan aspe...
Kuala Lumpur, 26 Oktober 2022 - Kementerian Dalam Negeri (KDN) bercadang mewujudkan pusat sehenti bagi melancarkan penyiasatan sesuatu kes yang melibatkan aspek forensik.
Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Hamzah Zainudin berkata pusat sehenti berkenaan turut akan melibatkan KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM), Jabatan Pendaftaran Negara, Malaysia (JPN) dan Jabatan Kimia Malaysia bagi memudahkan pengumpulan maklumat selain mempercepatkan proses siasatan sesuatu kes.
“Pusat sehenti berkenaan perlu dibantu pegawai KKM, JPN, Jabatan Kimia serta agensi berkaitan dalam memperoleh data yang diperlukan.
“Sekiranya ada kaedah yang baik dengan pusat sehenti yang mencukupi, saya yakin kita akan menyelesaikan kes dengan cepat...dan suspek boleh dihadapkan ke mahkamah,” katanya.
Beliau bercakap dalam sidang media selepas merasmikan Simposium Sains Forensik Kebangsaan Untuk Penguatkuasaan Undang-undang (NAFSLE) 2022 di Maktab PDRM KL, di Cheras, di sini, hari ini.
Sumber: BERNAMA
