Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Kdn Cadang Guna Mydigital Id Untuk Urusan Bayaran Saman

Diterbitkan: 21 Apr 2025 7.35 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 8.05 PM
Kuala Lumpur, 21 April 2025 - Kementerian Dalam Negeri (KDN) mencadangkan penggunaan MyDigital ID secara meluas dalam urusan pembayaran saman trafik.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-kdn-cadang-guna-mydigital-id-untuk-urusan-bayaran-saman
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 15:53 MYT
Kuala Lumpur, 21 April 2025 - Kementerian Dalam Negeri (KDN) mencadangkan penggunaan MyDigital ID secara meluas dalam urusan pembayaran saman trafik.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, walaupun penggunaan MyDigital ID tidak diwajibkan namun ia termasuk dalam dasar kerajaan.

Kerajaan juga bersetuju melakukan pindaan Akta Pendaftaran Negara 1959 bagi membolehkan penggunaan MyDigital ID bagi memastikan peningkatan penggunaan aplikasi itu pada masa akan datang.

"Perkara ini masih dalam peringkat cadangan dan belum diluluskan di Parlimen.

"Kita menggalakkan mereka (pengguna) menggunakan aplikasi itu bagi mengesahkan identiti dalam satu urusan," katanya dalam ucapan pada Jamuan Raya Polis Diraja Malaysia di Stadium Titiwangsa, hari ini.

Bacaan lanjut menerusi pautan seperti berikut,

Artikel Pilihan Kdn Cadang Guna Mydigital Id Untuk Urusan Bayaran Saman


ArtikelDiterbitkan 21 Apr 2025 7.35 AMDikemas kini 15 Aug 2026 8.05 PM