Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Kdn Akan Teliti Semua Peruntukan Undang Undang Tangani Peningkatan Kemalangan Motosikal

Published: 09 Aug 2024 11.18 AM Updated: 17 Jul 2026 3.31 AM
Kepala Batas, 9 Ogos 2024 - Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan meneliti termasuk melihat semula peruntukan undang-undang sedia ada yang diguna pakai dalam usaha mengurangkan jumlah kemalangan membabitkan penunggang motosikal di negara ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-kdn-akan-teliti-semua-peruntukan-undang-undang-tangani-peningkatan-kemalangan-motosikal
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 23:00 MYT
Kepala Batas, 9 Ogos 2024 - Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan meneliti termasuk melihat semula peruntukan undang-undang sedia ada yang diguna pakai dalam usaha mengurangkan jumlah kemalangan membabitkan penunggang motosikal di negara ini.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, selain melihat peruntukan undang-undang yang digunakan pada ketika ini, KDN turut akan memperkasakan kempen keselamatan jalan raya di samping meningkatkan aspek penguatkuasaan.
Beliau menyambut baik intipati pertemuan Pengerusi Pertubuhan Ikatan Komuniti Selamat, Tan Sri Lee Lam Thye bersama Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim yang menyuarakan berhubung kebimbangan kemalangan babitkan motosikal.

"Mereka membincangkan soal kadar kemalangan tinggi membabitkan penunggang motosikal dan saya sebelum ini juga pernah bertemu beliau (Lam Thye) bukan sahaja soal keselamatan jalan raya tetapi membincangkan isu-isu kepolisian.
"Jadi, dalam hal ini KDN akan melihat kembali semua peruntukan undang-undang yang selama ini kita gunapakai.

"Dalam pada itu, kita juga akan tingkatkan aspek penguatkuasaan antaranya pengeluaran saman dan kempen keselamatan jalan raya dalam memberikan kesedaran kepada orang ramai," katanya.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bharian.com.my/.../kdn-akan-teliti-semua...

Sumber: Berita Harian

Artikel Pilihan Kdn Akan Teliti Semua Peruntukan Undang Undang Tangani Peningkatan Kemalangan Motosikal
ArticlePublished 09 Aug 2024 11.18 AMUpdated 17 Jul 2026 3.31 AM