Kuala Lumpur, 25 Oktober 2023 - Polis Diraja Malaysia memberi jaminan akan mempertingkatkan lagi kawalan keselamatan Perdana Menteri (PM), Dato' Seri Anwar Ibrahim susulan pendedahan beliau semalam, berhubung banyak ugutan diterimanya kerana lantang bersuara dalam isu Palestin.
Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain berkata, pihaknya tidak akan berkompromi terhadap perkara itu.
