Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Kawalan Jualan Peluru Di Sabah Sarawak Diperketat Kpn

Published: 29 Dec 2020 11.52 AM Updated: 17 Jul 2026 2.22 AM
Beliau berkata tindakan itu diambil oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) susulan dakwaan bahawa terdapat pihak yang menjual peluru kepada pemilik senjata api haram di negeri berkenaan.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-kawalan-jualan-peluru-di-sabah-sarawak-diperketat-kpn
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 05:54 MYT
Langkawi, 29 Disember 2020 - Kawalan penjualan peluru senjata api di premis berlesen khususnya di Sabah dan Sarawak akan diperketatkan, kata Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador.

Beliau berkata tindakan itu diambil oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) susulan dakwaan bahawa terdapat pihak yang menjual peluru kepada pemilik senjata api haram di negeri berkenaan.

“Pihak saya difahamkan bahawa banyak senjata api buatan sendiri atau yang haram diseludup masuk ke Sabah dan Sarawak, tapi mereka menggunakan peluru (dijual) premis berlesen.

“PDRM akan perketatkan kawalan di premis-premis berkenaan, supaya mereka (pemilik senjata haram) tiada peluang untuk menggunakan senjata haram,” katanya pada sidang akhbar selepas Mesyuarat Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) di sini, hari ini.

Mengenai mesyuarat hari ini, Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid berkata, PDRM diwakili Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) dan Cawangan Khas akan bekerjasama dengan agensi-agensi terlibat dalam OBK, untuk mengemaskini tindakan terhadap pesalah membabitkan khazanah negara.

Bacaan lanjut seperti dipautan berikut, https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1916781

Sumber: Abdul Hamid Bador dan
BERNAMA
ArticlePublished 29 Dec 2020 11.52 AMUpdated 17 Jul 2026 2.22 AM