Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Kamera Badan Perkasa Integriti Ketelusan Anggota Ketika Berurusan Kpn

Diterbitkan: 15 Dec 2022 3.24 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.31 AM
Kuala Lumpur, 14 Disember 2022 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) yakin penggunaan kamera badan akan memperkasakan tahap integriti, profesionalisme dan ketelusan anggota ketika berurusan, selain melindungi kepentingan semua pihak.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-kamera-badan-perkasa-integriti-ketelusan-anggota-ketika-berurusan-kpn
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 05:28 MYT
Kuala Lumpur, 14 Disember 2022 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) yakin penggunaan kamera badan akan memperkasakan tahap integriti, profesionalisme dan ketelusan anggota ketika berurusan, selain melindungi kepentingan semua pihak.

Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani berkata PDRM akan memanfaatkan sebaik mungkin penggunaan kamera badan itu dalam usaha memastikan kualiti perkhidmatan PDRM yang terbaik kepada masyarakat.

"PDRM menyambut baik langkah kerajaan menyegerakan perolehan kamera badan untuk kegunaan anggota Unit Rondaan Bermotor (URB) dan kenderaan pelbagai guna (MPV) bagi tujuan penguatkuasaan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menyatakan kerajaan meluluskan peruntukan sebanyak RM30 juta bagi perolehan kamera badan untuk kegunaan anggota PDRM ketika menjalankan tugas.

Sumber: BERNAMA

Artikel Pilihan Kamera Badan Perkasa Integriti Ketelusan Anggota Ketika Berurusan Kpn
ArtikelDiterbitkan 15 Dec 2022 3.24 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.31 AM