Article
Artikel Pilihan Kamera Badan Perkasa Integriti Ketelusan Anggota Ketika Berurusan Kpn
Kuala Lumpur, 14 Disember 2022 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) yakin penggunaan kamera badan akan memperkasakan tahap integriti, profesionalisme dan ketelusan a...
Kuala Lumpur, 14 Disember 2022 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) yakin penggunaan kamera badan akan memperkasakan tahap integriti, profesionalisme dan ketelusan anggota ketika berurusan, selain melindungi kepentingan semua pihak.
"PDRM menyambut baik langkah kerajaan menyegerakan perolehan kamera badan untuk kegunaan anggota Unit Rondaan Bermotor (URB) dan kenderaan pelbagai guna (MPV) bagi tujuan penguatkuasaan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Semalam, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menyatakan kerajaan meluluskan peruntukan sebanyak RM30 juta bagi perolehan kamera badan untuk kegunaan anggota PDRM ketika menjalankan tugas.
Sumber: BERNAMA
