Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Kadar Khas Bayaran Saman Semua Layak Diskaun Kecuali Dalam Perbicaraan Mahkamah

Published: 19 Apr 2023 1.40 PM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Pengarah Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM, CP Dato' Sri Mat Kassim Mat Karim berkata tawaran yang diumumkan Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim semalam berbeza daripada tawaran diskaun saman PDRM sehingga 60 peratus sempena Peringatan Hari Polis ke-216 baru-baru ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-kadar-khas-bayaran-saman-semua-layak-diskaun-kecuali-dalam-perbicaraan-mahkamah
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 01:31 MYT
Kuala Lumpur, 19 April 2023 - Semua saman trafik untuk kesalahan pada 2022 dan sebelumnya layak menikmati Kadar Khas Bayaran Saman RM50 kecuali saman yang masih belum selesai perbicaraan mahkamah kerana ia merupakan luar bidang kuasa Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Pengarah Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM, CP Dato' Sri Mat Kassim Mat Karim berkata tawaran yang diumumkan Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim semalam berbeza daripada tawaran diskaun saman PDRM sehingga 60 peratus sempena Peringatan Hari Polis ke-216 baru-baru ini.

Beliau berkata diskaun sempena Hari Polis sebelum ini mempunyai beberapa jenis saman yang tidak layak untuk diberikan diskaun pengurangan antaranya kes kemalangan, kesalahan tidak boleh kompaun, tidak patuhi isyarat lampu merah dan saman berstatus waran.

“Tetapi bagi Kadar Khas Bayaran Saman yang diumumkan Perdana Menteri semalam ia berbeza dan lebih berbaloi daripada diskaun 60 peratus itu kerana orang awam hanya perlu bayar RM50 untuk satu saman.

Bacaan lanjut menerusi pautan berikut, https://www.bernama.com/bm/news.php?id=2183004

Sumber: BERNAMA

ArticlePublished 19 Apr 2023 1.40 PMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM