Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Kadar Jenayah Indeks Turun 40 Peratus Kpn

Diterbitkan: 08 Oct 2023 1.50 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 8 Oktober 2023 - Kadar Jenayah Indeks menurun 40 peratus dalam tempoh Januari sehingga Ogos tahun ini, sekali gus menunjukkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya mengekalkan keadaan keselamatan negara pada tahap yang baik.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-kadar-jenayah-indeks-turun-40-peratus-kpn
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 02:20 MYT
Kuala Lumpur, 8 Oktober 2023 - Kadar Jenayah Indeks menurun 40 peratus dalam tempoh Januari sehingga Ogos tahun ini, sekali gus menunjukkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya mengekalkan keadaan keselamatan negara pada tahap yang baik.

Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain berkata, usaha mencegah dan membanteras jenayah membabitkan semua pasukan PDRM terus dipergiatkan melalui pelbagai operasi dan tangkapan yang dilakukan.

Beliau berkata, Op Kontraban merekodkan seramai 46 orang dengan nilai rampasan kira-kira RM51 juta manakala Op Dadu dan Op Noda pula merekodkan 2,863 tangkapan menerusi 1,831 serbuan yang dilakukan sepanjang tempoh itu.

Katanya, usaha pembanterasan jenayah dadah turut melakar kejayaan apabila sebanyak sembilan sindiket ditumpaskan dan 30 orang ditahan dengan nilai rampasan lebih RM114 juta.

Selain itu, serbuan dan tangkapan jenayah komersil merekodkan 193 tangkapan menerusi Op Nuri (tipu pelaburan atas talian); Op Khas (tipu tawaran kerja dan penjualan haram diesel) serta Call Center Penipuan Pelaburan.

Sepanjang tempoh sama, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) menahan 1,042 orang atas pelbagai kesalahan trafik selain mengeluarkan 605,503 saman dalam 1,995 operasi yang dijalankan.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.hmetro.com.my/.../kadar-jenayah-indeks-turun....
ArtikelDiterbitkan 08 Oct 2023 1.50 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM