Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Gabungan Ig Tan Sri Razarudin Dig Dato Sri Ayob Khan Kembalikan Imej Pdrm

Diterbitkan: 08 Oct 2023 1.25 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 2.24 AM
Kuala Lumpur, 8 Oktober 2023 - Keharmonian yang terbentuk antara Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain bersama timbalannya, DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay sebagai satu pasukan dilihat berjaya mengembalikan imej Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-gabungan-ig-tan-sri-razarudin-dig-dato-sri-ayob-khan-kembalikan-imej-pdrm
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 21:13 MYT
Kuala Lumpur, 8 Oktober 2023 - Keharmonian yang terbentuk antara Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain bersama timbalannya, DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay sebagai satu pasukan dilihat berjaya mengembalikan imej Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ini kerana imej pasukan keselamatan itu pernah tercemar di mata masyarakat dengan pelbagai dakwaan salah laku, rasuah dan jenayah serta pelbagai tohmahan lain.

Bagaimanapun apabila Tan Sri Razarudin dan Dato’ Sri Ayob Khan yang mempunyai rekod perkhidmatan cemerlang dalam melumpuhkan serta memerangi kegiatan jenayah di seluruh negara dilantik memegang dua jawatan terbesar PDRM itu, ia mengembalikan keyakinan masyarakat.

Tan Sri Razarudin berkata, imej baik timbalannya selain kerjasama media dalam melaporkan kejayaan demi kejayaan yang dilakar PDRM antara faktor yang mengangkat imej beliau.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.hmetro.com.my/.../gabungan-razarudin-ayob....

Sumber: Harian Metro

ArtikelDiterbitkan 08 Oct 2023 1.25 PMDikemas kini 17 Jul 2026 2.24 AM