Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Jumlah Sebenar Mangsa Tanah Runtuh 92 Orang Seorang Kanak Kanak Masih Hilang

Published: 23 Dec 2022 5.33 AM Updated: 17 Jul 2026 3.31 AM
Batang Kali, 22 Disember 2022 - Angka sebenar mangsa tragedi tanah runtuh tapak perkhemahan di Father's Organic Farm, Jalan Batang Kali-Gohtong, di sini, adalah 92 orang, bukan 94 seperti yang dilaporkan sebelum ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-jumlah-sebenar-mangsa-tanah-runtuh-92-orang-seorang-kanak-kanak-masih-hilang
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 01:38 MYT
Batang Kali, 22 Disember 2022 - Angka sebenar mangsa tragedi tanah runtuh tapak perkhemahan di Father's Organic Farm, Jalan Batang Kali-Gohtong, di sini, adalah 92 orang, bukan 94 seperti yang dilaporkan sebelum ini.

Ketua Polis Selangor, CP Dato' Arjunaidi Mohamed berkata, semakan mendapati berlaku pertindihan nama dalam buku pendaftaran tapak perkhemahan yang membawa kepada kekeliruan jumlah sebenar mangsa.

"Ia berdasarkan rekod daftar di pusat perkhemahan (Father's Organic Farm), dan selepas kita buat semakan beberapa kali, termasuk maklumat daripada laporan polis oleh waris, kita rumuskan bahawa jumlah rasmi sebenarnya adalah 92 orang, iaitu kurang dua orang daripada jumlah asal yang dilaporkan sebelum ini.

"Setakat ini, yang ditemui meninggal dunia adalah seramai 30 orang, selamat (61) dan seorang lagi mangsa belum ditemui," katanya pada sidang media di lokasi, hari ini.

Mengulas lanjut, Dato' Arjunaidi berkata, kekeliruan berhubung jumlah sebenar mangsa sudah dikesan sejak beberapa hari lalu, namun semakan demi semakan perlu dilakukan terlebih dahulu untuk kepastian.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.bharian.com.my/.../jumlah-sebenar-mangsa...


Artikel Pilihan Jumlah Sebenar Mangsa Tanah Runtuh 92 Orang Seorang Kanak Kanak Masih Hilang
ArticlePublished 23 Dec 2022 5.33 AMUpdated 17 Jul 2026 3.31 AM