Artikel
Artikel Pilihan Jumlah Sebenar Mangsa Tanah Runtuh 92 Orang Seorang Kanak Kanak Masih Hilang
Batang Kali, 22 Disember 2022 - Angka sebenar mangsa tragedi tanah runtuh tapak perkhemahan di Father's Organic Farm, Jalan Batang Kali-Gohtong, di sini, adala...
Batang Kali, 22 Disember 2022 - Angka sebenar mangsa tragedi tanah runtuh tapak perkhemahan di Father's Organic Farm, Jalan Batang Kali-Gohtong, di sini, adalah 92 orang, bukan 94 seperti yang dilaporkan sebelum ini.
"Ia berdasarkan rekod daftar di pusat perkhemahan (Father's Organic Farm), dan selepas kita buat semakan beberapa kali, termasuk maklumat daripada laporan polis oleh waris, kita rumuskan bahawa jumlah rasmi sebenarnya adalah 92 orang, iaitu kurang dua orang daripada jumlah asal yang dilaporkan sebelum ini.
"Setakat ini, yang ditemui meninggal dunia adalah seramai 30 orang, selamat (61) dan seorang lagi mangsa belum ditemui," katanya pada sidang media di lokasi, hari ini.
Mengulas lanjut, Dato' Arjunaidi berkata, kekeliruan berhubung jumlah sebenar mangsa sudah dikesan sejak beberapa hari lalu, namun semakan demi semakan perlu dilakukan terlebih dahulu untuk kepastian.
Sumber: Berita Harian Online
