Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Jspt Tidak Kompromi Pertimbang Hukuman Lebih Berat Untuk Kesalahan Lalu Lintas Serius

Diterbitkan: 02 Apr 2026 1.05 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 6.34 PM
Kuala Lumpur, 2 April 2026 – Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) tidak akan berkompromi, bahkan menegaskan setiap kesalahan lalu lintas, terutama yang menyebabkan kehilangan nyawa, akan disiasat secara telus dan menyeluruh tanpa prejudis kepada mana-mana pihak.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-jspt-tidak-kompromi-pertimbang-hukuman-lebih-berat-untuk-kesalahan-lalu-lintas-serius
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 13:51 MYT
Kuala Lumpur, 2 April 2026 – Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) tidak akan berkompromi, bahkan menegaskan setiap kesalahan lalu lintas, terutama yang menyebabkan kehilangan nyawa, akan disiasat secara telus dan menyeluruh tanpa prejudis kepada mana-mana pihak.

Pengarah JSPT, CP Dato’ Sri Muhammed Hasbullah Ali berkata, tindakan tegas termasuk pertimbangan hukuman lebih berat akan diambil terhadap mana-mana individu yang didapati cuai atau memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian, terutama memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah.

Menurutnya, pendekatan itu selaras dengan usaha berterusan pihak JSPT dalam memperkukuhkan aspek penguatkuasaan serta memberi mesej jelas bahawa sebarang bentuk kecuaian di jalan raya yang mengorbankan nyawa tidak akan dikompromi.

“JSPT menyeru semua pengguna jalan raya supaya sentiasa mematuhi peraturan lalu lintas dan mengamalkan pemanduan berhemah.

“Sikap bertanggungjawab di jalan raya sangat penting dalam memastikan keselamatan semua pihak,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut:
https://www.hmetro.com.my/.../jspt-tidak-kompromi...

 
Sumber: Berita Harian

Artikel Pilihan Jspt Tidak Kompromi Pertimbang Hukuman Lebih Berat Untuk Kesalahan Lalu Lintas Serius
ArtikelDiterbitkan 02 Apr 2026 1.05 AMDikemas kini 15 Aug 2026 6.34 PM