Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Jspt Tahan Empat Mat Rempit

Diterbitkan: 11 Jul 2021 8.55 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 2.23 AM
Batu Pahat, 11 Julai 2021 - Tindakan empat lelaki termasuk dua remaja merempit di Jalan Kluang-Air Hitam, di sini, membawa padah apabila mereka ditahan polis, semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-jspt-tahan-empat-mat-rempit
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 02:47 MYT

Batu Pahat, 11 Julai 2021 - Tindakan empat lelaki termasuk dua remaja merempit di Jalan Kluang-Air Hitam, di sini, membawa padah apabila mereka ditahan polis, semalam.

Suspek berusia antara 16 hingga 24 tahun itu ditahan dalam Operasi Khas Samseng Jalanan oleh Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman yang bermula pada 5 petang.

Timbalan Pengarah JSPT, SAC Dato' Mohd Nadzri Hussain berkata, sepasukan pegawai dan anggota mengekori sekumpulan motosikal yang melakukan aksi bersaing sesama sendiri.

"Mereka juga dilihat menundukkan badan dan melakukan aksi zig-zag dari Kilometer (KM) 15 sehingga KM14 Simpang Kampung Baru.

"Suspek sekali lagi dilihat melakukan aksi sama dari KM12 persimpangan lampu isyarat Sri Bengkal / Sengkuang yang mana aksi itu berbahaya kepada diri sendiri dan pengguna jalan raya lain," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, kesemua suspek dibawa ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Batu Pahat untuk tindakan lanjut.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.hmetro.com.my/.../07/729228/4-mat-rempit-ditahan

Sumber: Harian Metro
ArtikelDiterbitkan 11 Jul 2021 8.55 AMDikemas kini 17 Jul 2026 2.23 AM