Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Jsjk Whoscall Jalin Kerjasama Kekang Penipuan Online

Published: 05 Jan 2023 4.32 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 4 Januari 2023 - Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) hari ini memeterai kerjasama dengan syarikat pembangun aplikasi telefon bimbit Whoscall bagi mengekang kes penipuan dalam talian.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-jsjk-whoscall-jalin-kerjasama-kekang-penipuan-online
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 18:33 MYT
Kuala Lumpur, 4 Januari 2023 - Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) hari ini memeterai kerjasama dengan syarikat pembangun aplikasi telefon bimbit Whoscall bagi mengekang kes penipuan dalam talian.

Pengarah JSJK, CP Dato' Sri Mohd Kamarudin Md Din berkata, aplikasi identifikasi panggilan yang dibangunkan oleh syarikat My Gogo and Look Sdn Bhd itu akan memberi maklumat kepada pengguna berhubung panggilan tidak diketahui.

Beliau berkata, melalui kerjasama itu, nombor telefon yang tersenarai dalam pangkalan data Sistem Semakmule milik JSJK akan ditandakan sebagai scammer oleh Whoscall.
"Ini membolehkan pengguna yang memuat turun aplikasi ini di telefon bimbit mereka membuat keputusan sama ada mahu menjawab panggilan yang diterima atau sebaliknya,” katanya.

Dato' Sri Mohd Kamarudin berkata, JSJK turut melancarkan lagu antipenipuan bertajuk ‘Be Smart Stay Alert’ ciptaan pemuzik dan komposer Lenny Ooi Teck Wai.

"Video muzik lagu ini dimuat naik ke laman Facebook JSJK dan diharap pengguna media sosial dapat berkongsi serta menyebarkan muzik video ini bagi memastikan mesej di sebalik lagu ini dapat disampaikan kepada seramai mungkin individu,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

May be an image of 5 people, people standing and text that says 'be SMART stay ALERT PELANCARAN LAGU ANTI-SCAM RakanStrategik'

ArticlePublished 05 Jan 2023 4.32 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM