Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Jsjk Cadang Perisian Khas Bendung Penipuan Akaun Bank

Published: 10 Jun 2024 12.55 PM Updated: 15 Aug 2026 8.11 PM
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), CP Dato' Sri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, perisian dikenali sebagai 'First Time Transfer Pop Up' ini berperanan memberi amaran kepada pengguna apabila melakukan pindahan wang kali pertama ke nombor akaun baharu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-jsjk-cadang-perisian-khas-bendung-penipuan-akaun-bank
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 15:24 MYT
Kuala Lumpur, 10 Jun 2024 - Polis Diraja Malaysia mencadangkan agar satu perisian khas digunakan dalam usaha membanteras jenayah penipuan menggunakan akaun melibatkan institusi kewangan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), CP Dato' Sri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, perisian dikenali sebagai 'First Time Transfer Pop Up' ini berperanan memberi amaran kepada pengguna apabila melakukan pindahan wang kali pertama ke nombor akaun baharu.

Beliau berkata, perisian ini dicadangkan menerusi perbincangan antara pihaknya bersama Bank Negara Malaysia pada 4 Jun lalu setelah terdapatnya aduan berkaitan insiden penggodaman akaun syarikat.

"Polis sebelum ini menerima aduan berkaitan tindakan penjenayah yang menggodam akaun syarikat dengan mengubah data fail gaji dan menggantikan nombor akaun bank pekerja kepada nombor akaun keldai.

"Pihak syarikat yang tidak menyedari perubahan ini, telah memuat naik data tersebut ke dalam sistem akaun korporat bagi tujuan pembayaran gaji," katanya.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.sinarharian.com.my/.../jsjk-cadang-perisian...

Sumber: Sinar Harian

Artikel Pilihan Jsjk Cadang Perisian Khas Bendung Penipuan Akaun Bank
ArticlePublished 10 Jun 2024 12.55 PMUpdated 15 Aug 2026 8.11 PM