
Artikel
Waragainstdrugs Posting Pilihan Polis Tahan 17 Suspek Rampas Dadah Rm8 64 Juta
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, CP Dato' Khaw Kok Chin berkata, dalam serbuan bermula jam 1.10 tengah hari hingga 9.30 malam itu, 17 individu berus...
Kajang, 10 Jun 2024 - Polis menggagalkan taktik sindiket pengedaran pelbagai jenis dadah yang berselindung di sebalik syarikat kawalan keselamatan, hasil sembilan serbuan berasingan di sekitar daerah ini dan juga Cheras di ibu negara.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, CP Dato' Khaw Kok Chin berkata, dalam serbuan bermula jam 1.10 tengah hari hingga 9.30 malam itu, 17 individu berusia antara 18 hingga 50 tahun termasuk dalang utama sindiket ditahan.
Daripada 17 yang ditahan itu, enam membabitkan lelaki warga Pakistan dan dua wanita Vietnam, manakala selebihnya adalah warga tempatan termasuk dua wanita.
Mengulas lanjut, katanya, dalam operasi itu pihaknya menyerbu unit apartmen dan sebuah rumah di kawasan perindustrian yang dijadikan makmal memproses dadah serta stor penyimpanan dadah.
"Pemeriksaan menemukan dadah membabitkan iaitu 526.75 kilogram (kg) Meth Oil; Ketamin (409 gram); Heroin (504 gram); Pil Erimin 5 (10,000 biji); dan serbuk MDMA (1.11 kg). Kita turut merampas pelbagai peralatan memproses dadah, cecair serta serbuk kimia.
Bacaan lanjut di pautan seperti berikut,