Artikel
Artikel Pilihan Jsj Tak Akan Tolak Ansur Pegawai Anggota Bersekongkol Sindiket Pengarah Jsj
Kuala Lumpur, 5 Mei 2023 - Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), yang baharu, CP Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay, menekankan mengenai integriti dan penya...
Kuala Lumpur, 5 Mei 2023 - Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), yang baharu, CP Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay, menekankan mengenai integriti dan penyampaian khidmat berkualiti kepada masyarakat dalam amanatnya kepada warga JSJ seluruh negara.
Fokus utama yang perlu dititikberatkan dalam pasukan JSJ adalah mematahkan sebarang unsur gengsterisme yang boleh mengganggu-gugat ketenteraman awam, sindiket pemerdagangan manusia, perjudian dalam talian serta kumpulan kongsi gelap yang terbabit dalam aktiviti rompakan, peras ugut dan curi kenderaan.
"Untuk memastikan fokus ini berjalan lancar maklumat daripada perisikan adalah cara dan langkah yang perlu dilakukan oleh setiap warga JSJ dalam memerangi jenayah terancang.
"Kita mesti memastikan bahawa kita (JSJ) perlu berada selangkah di hadapan penjenayah atau sindiket seperti ini supaya kegiatan jenayah dapat dibendung secara lebih berkesan," katanya dalam amanat kepada semua pegawai kanan JSJ di Bukit Aman, kelmarin.
Sumber: Berita Harian Online