Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Jsj Tak Akan Tolak Ansur Pegawai Anggota Bersekongkol Sindiket Pengarah Jsj

Published: 05 May 2023 12.30 PM Updated: 17 Jul 2026 2.24 AM
Kuala Lumpur, 5 Mei 2023 - Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), yang baharu, CP Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay, menekankan mengenai integriti dan penyampaian khidmat berkualiti kepada masyarakat dalam amanatnya kepada warga JSJ seluruh negara.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-jsj-tak-akan-tolak-ansur-pegawai-anggota-bersekongkol-sindiket-pengarah-jsj
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 23:40 MYT
Kuala Lumpur, 5 Mei 2023 - Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), yang baharu, CP Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay, menekankan mengenai integriti dan penyampaian khidmat berkualiti kepada masyarakat dalam amanatnya kepada warga JSJ seluruh negara.

Datuk Seri Ayob berkata, setiap tindakan yang dilakukan oleh seluruh warga JSJ juga perlu selaras dengan visi dan misi kerajaan khususnya dalam memerangi rasuah dan salah guna kuasa.

Fokus utama yang perlu dititikberatkan dalam pasukan JSJ adalah mematahkan sebarang unsur gengsterisme yang boleh mengganggu-gugat ketenteraman awam, sindiket pemerdagangan manusia, perjudian dalam talian serta kumpulan kongsi gelap yang terbabit dalam aktiviti rompakan, peras ugut dan curi kenderaan.

"Untuk memastikan fokus ini berjalan lancar maklumat daripada perisikan adalah cara dan langkah yang perlu dilakukan oleh setiap warga JSJ dalam memerangi jenayah terancang.

"Kita mesti memastikan bahawa kita (JSJ) perlu berada selangkah di hadapan penjenayah atau sindiket seperti ini supaya kegiatan jenayah dapat dibendung secara lebih berkesan," katanya dalam amanat kepada semua pegawai kanan JSJ di Bukit Aman, kelmarin.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.bharian.com.my/.../jsj-tak-akan-tolak-ansur...

ArticlePublished 05 May 2023 12.30 PMUpdated 17 Jul 2026 2.24 AM