Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Jsj Bukit Aman Audit Kadar Kes Jenayah Untuk Nilai Keadaan Sebenar

Published: 27 Jan 2025 1.04 PM Updated: 17 Jul 2026 3.31 AM
Kuala Lumpur, 27 Januari 2025 - Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman akan menjalankan audit bagi menilai dan memperhalusi statistik kadar indeks jenayah yang direkodkan sepanjang tahun lalu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-jsj-bukit-aman-audit-kadar-kes-jenayah-untuk-nilai-keadaan-sebenar
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 19:22 MYT
Kuala Lumpur, 27 Januari 2025 - Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman akan menjalankan audit bagi menilai dan memperhalusi statistik kadar indeks jenayah yang direkodkan sepanjang tahun lalu.

Pengarahnya, CP Dato' Sri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, usaha ini bagi menilai sejauh mana kadar indeks jenayah yang direkodkan memaparkan situasi sebenar di lapangan.

Katanya, beliau akan memperhalusi semua statistik ditunjukkan sama ada ia selari antara persepsi masyarakat dengan keselamatan mereka di negeri terbabit.

"Pasukan audit dari Bukit Aman akan mengkaji semula semua statistik kejayaan ataupun naik turun kadar jenayah indeks di seluruh negara untuk melihat adakah ia relevan dengan persepsi masyarakat mengenai keselamatan mereka (ataupun sebaliknya).

"Jika di Kedah berlaku penurunan kadar jenayah indeks, saya akan pergi balik untuk kaji sama ada statistik yang ditunjukkan ini selari dengan persepsi masyarakat dengan keselamatan mereka di negeri itu," katanya dalam sesi libat urus bersama wartawan di Bukit Aman, di sini, hari ini.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bharian.com.my/.../jsj-bukit-aman-audit-kadar...

Sumber: Berita Harian

Artikel Pilihan Jsj Bukit Aman Audit Kadar Kes Jenayah Untuk Nilai Keadaan Sebenar
ArticlePublished 27 Jan 2025 1.04 PMUpdated 17 Jul 2026 3.31 AM