Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Jenazah Konstabel Mohd Muradzi Selamat Dikebumikan

Diterbitkan: 10 Aug 2021 1.45 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Jenazah Allahyarham yang dibawa dengan van jenazah Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari Kajang selamat dikebumikan dengan istiadat polis kira-kira pukul 8.40 malam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-jenazah-konstabel-mohd-muradzi-selamat-dikebumikan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 17:00 MYT
Kemaman, 10 Ogos 2021 - Jenazah Konstabel Mohd Muradzi Mohd Nawi yang maut ketika mengejar suspek lumba haram semalam, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Fasa II Bandar Cheneh Baru, di sini, malam tadi.

Jenazah Allahyarham yang dibawa dengan van jenazah Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari Kajang selamat dikebumikan dengan istiadat polis kira-kira pukul 8.40 malam.

Terdahulu, kenderaan jenazah dibawa melalui pekarangan rumahnya di Felda Neram 2 bagi memberi peluang kepada ahli keluarga untuk memberi penghormatan terakhir susulan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang dilaksanakan di kawasan tersebut.

Turut mengiringi jenazah ke tanah perkuburan ialah Ketua Polis Terengganu, DCP Dato’ Rohaimi Md Isa dan Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan.

Di samping itu, Ketua Polis Selangor, CP Dato’ Arjunaidi Mohamed turut melawat keluarga Allahyarham.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 pagi itu, Konstabel Mohd Muradzi dan rakan sekerjanya, Sarjan Mohd Arifah Md Yasin, 36, yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas dikatakan bertembung sesama sendiri ketika mengejar suspek lumba haram dalam operasi samseng jalanan.

Semoga roh kedua-dua Allahyarham anggota polis berkenaan dicucuri rahmat-Nya dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh.

Sumber: Utusan Online

Jenazah Konstabel Mohd. Muradzi selamat dikebumikan
ArtikelDiterbitkan 10 Aug 2021 1.45 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM