Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan Sindiket Dadah Tumpas Dalam Tujuh Serbuan Rekrut Tokan Guna Telefon

Diterbitkan: 10 Aug 2021 3.13 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Ketua Polis Perlis, SAC Dato' Surina Saad berkata, tangkapan suspek berusia 27 hingga 51 tahun serta rampasan dadah berkenaan dilakukan dalam tujuh serbuan bermula 4 Ogos lalu hingga Sabtu lalu hasil kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Negeri Perlis dan Bahagian D8 Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-keratan-akhbar-pilihan-sindiket-dadah-tumpas-dalam-tujuh-serbuan-rekrut-tokan-guna-telefon
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 04:28 MYT
Kangar, 10 Ogos 2021 - Sindiket pengedaran dadah yang dipercayai aktif sejak bulan lalu berjaya dilumpuhkan berikutan penahanan tujuh lelaki termasuk ketuanya bersama dadah jenis Ganja dan Syabu bernilai RM603,920 di sekitar Perlis dan Selangor, minggu lalu.

Ketua Polis Perlis, SAC Dato' Surina Saad berkata, tangkapan suspek berusia 27 hingga 51 tahun serta rampasan dadah berkenaan dilakukan dalam tujuh serbuan bermula 4 Ogos lalu hingga Sabtu lalu hasil kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Negeri Perlis dan Bahagian D8 Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

"Dalam serbuan pertama pada 4 Ogos lalu, sekitar jam 10 pagi itu, polis menahan suspek di sebuah rumah di kawasan perumahan di Kangar dan merampas dadah jenis Ganja seberat 161.76 kilogram (kg).

"Serbuan itu kemudian membawa polis ke sebuah rumah lain dua jam kemudian di Kangar di mana dadah jenis Syabu seberat 800 gram ditemui dan sekitar jam 11.30 malam, polis memberkas tiga lagi suspek yang dipercayai mempunyai kaitan dengan sindiket itu," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perlis di sini, semalam.

Katanya, pada 5 Ogos pula, polis menyerbu sebuah rumah di kawasan perumahan di Kangar pada jam 1.20 tengah hari dan menjumpai dadah jenis Syabu seberat 3.32kg dalam rumah berkenaan.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

May be an image of standing and text that says 'SINDIKET DADAH TUMPAS DALAM 7 SERBUAN Rekrut tokan guna telefon Aizat Sharif SIDANG MEDIA am@hmetro.com.my
ArtikelDiterbitkan 10 Aug 2021 3.13 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM