Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Jangan Main Isu Sensitif Pdrm Ada Pegawai Rakam Dan Pantau Kpn

Published: 11 Jul 2023 9.07 AM Updated: 15 Aug 2026 8.22 PM
Sumber: Eastern Sabah Security Command
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-jangan-main-isu-sensitif-pdrm-ada-pegawai-rakam-dan-pantau-kpn
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 05:25 MYT
 
Kuala Lumpur, 11 Julai 2023 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengingatkan semua pihak khususnya pemimpin parti politik supaya berwaspada ketika berkempen untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) kerana setiap ucapan termasuk muat naik di media sosial akan dipantau.

Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain berkata, bukan hanya berkaitan 3R yang merujuk agama, kaum dan institusi raja, malah kempen secara maya atau kenyataan melalui media sosial yang menyentuh sebarang isu sensitif akan turut dipantau dan diambil tindakan mengikut lunas undang-undang. Mengulas lanjut, katanya, PDRM akan menempatkan pegawai penyiasat serta pasukan teknikal untuk merakam setiap ucapan bagi tujuan memantau sebarang aktiviti yang boleh mengganggu keharmonian dan perpaduan dalam kalangan masyarakat di semua enam negeri yang terbabit PRN. "Saya ingatkan sekali lagi, jangan mainkan sebarang isu sensitif dan perkara yang saya rasakan tidak perlu dinyatakan semasa berkempen, demi memastikan perpaduan dan keharmonian sesama masyarakat di negara kita sentiasa berada pada tahap terbaik.

"Pihak polis sendiri terdiri pegawai akan merakam ucapan serta pegawai penyiasat akan menjalankan pemantauan pada setiap masa di semua program kempen oleh mana-mana parti politik yang akan diadakan sepanjang PRN ini," katanya kepada BH.
Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.bharian.com.my/.../jangan-main-isu-sensitif...

 
ArticlePublished 11 Jul 2023 9.07 AMUpdated 15 Aug 2026 8.22 PM