Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Jabatan Kdnka Rampas 1 7 Bilion Barang Kawalan Kontraban Dan Haiwan

Published: 19 May 2023 2.38 PM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam (KDNKA) Polis Diraja Malaysia (PDRM) merampas RM1.7 bilion barangan kontraban, haiwan dan hidupan liar serta pelbagai barangan kawalan dalam tempoh tiga tahun sejak 2021 hingga April lalu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-jabatan-kdnka-rampas-1-7-bilion-barang-kawalan-kontraban-dan-haiwan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 22:54 MYT
Kuala Lumpur, 19 Mei 2023 - Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam (KDNKA) Polis Diraja Malaysia (PDRM) merampas RM1.7 bilion barangan kontraban, haiwan dan hidupan liar serta pelbagai barangan kawalan dalam tempoh tiga tahun sejak 2021 hingga April lalu.

Jumlah berkenaan membabitkan RM658.6 juta bagi tahun 2021, RM540.2 juta (2022) dan RM538.2 juta dalam tempoh empat bulan tahun ini.

Timbalan Pengarah (Wildlife Crime Bureau/Perisikan Siasatan Khas), Jabatan KDNKA Bukit Aman, SAC Mohammad Azlin Hj. Sadari berkata, dalam tempoh itu, sebanyak 4,460 kes dicatatkan dengan menahan 7,288 orang untuk tahun 2021, 4,505 kes dengan tangkapan 8,186 orang (2022) serta 1,653 kes (2,134 orang) sejak Januari hingga April lalu.

Menurutnya, bagi kes kontraban, sebanyak 508 kes dengan tangkapan 480 orang serta rampasan bernilai RM190 juta sepanjang tahun lalu berjaya ditumpaskan Jabatan KDNKA.
Bacaan lanjut menerusi pautan berikut, https://www.hmetro.com.my/.../kdnka-rampas-rm17-bilion...

Sumber: Harian Metro

KDNKA rampas RM1.7 bilion barang kawalan, kontraban dan haiwan | Harian Metro
ArticlePublished 19 May 2023 2.38 PMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM