Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Isu Tular Polis Terima Laporan Kes Tular Lelaki Dera Wanita Di Kajang

Diterbitkan: 18 Nov 2022 2.23 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Kuala Lumpur, 18 November 2022 - Polis telah membuka satu kertas siasatan berhubung perbuatan seorang lelaki dipercayai suami tular di media sosial apabila mendera seorang wanita di sebuah rumah di sekitar Kajang, baru-baru ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-isu-tular-polis-terima-laporan-kes-tular-lelaki-dera-wanita-di-kajang
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 16:20 MYT
Kuala Lumpur, 18 November 2022 - Polis telah membuka satu kertas siasatan berhubung perbuatan seorang lelaki dipercayai suami tular di media sosial apabila mendera seorang wanita di sebuah rumah di sekitar Kajang, baru-baru ini.

Tanpa mendedahkan butiran lanjut, Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Mohd Zaid Hassan, berkata pihaknya telah menerima laporan berhubung video yang tular itu.
“Ketika ini, kami sedang mengambil tindakan berhubung kes terbabit,” katanya ringkas ketika dihubungi hari ini.

Semalam, dalam video berdurasi satu minit tujuh saat yang tular di aplikasi Tiktok itu menunjukkan lelaki berambut panjang menarik tudung wanita berkenaan sebelum mangsa diheret dan ditendang di bahagian muka serta badan berkali-kali.
Laporan media sosial menyatakan dalam video tersebut, seorang kanak-kanak perempuan juga kelihatan menangis sambil menangkat tangan sebagai tanda memohon maaf kepada individu berkenaan.

Bacaan lanjut menerusi pautan berikut; https://www.bernama.com/bm/jenayah_mahkamah/news.php...

Sumber: BERNAMA

 
ArtikelDiterbitkan 18 Nov 2022 2.23 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM