
Article
Artikel Pilihan Isu Tular Polis Terima Laporan Aktiviti Penyamaran Sebagai Pegawai Tinggi Kdn
Putrajaya, 5 Oktober 2022 - Polis menerima laporan berhubung aktiviti menyamar di media sosial yang dilakukan oleh seorang wanita mendakwa dirinya dilantik seb...
Putrajaya, 5 Oktober 2022 - Polis menerima laporan berhubung aktiviti menyamar di media sosial yang dilakukan oleh seorang wanita mendakwa dirinya dilantik sebagai pegawai tinggi di Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Ketua Polis IPD Sepang, ACP Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, satu laporan berhubung video dan aktiviti penyamaran itu telah dibuat oleh Setiausaha Bahagian KDN di Balai Polis Presint 11 di sini, semalam.
“Pengadu memaklumkan KDN tidak pernah melantik mana-mana individu secara langsung sebagai Pengarah Bahagian Kewangan KDN dan jawatan tersebut sememangnya tidak pernah wujud,” katanya.
Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan kerana menyamar sebagai penjawat awam.