Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Isu Tular Polis Siasat Kes Gaduh Di Tengah Jalan

Published: 12 Mar 2023 7.20 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Klang, 12 Mac 2023 - Polis mengesahkan kejadian pergaduhan yang berlaku di tengah jalan sebagaimana video tular di media sosial berpunca daripada kemalangan melibatkan dua buah lori di Jalan Pelabuhan Barat yang menuju ke Pelabuhan Barat Klang, di sini pada Sabtu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-isu-tular-polis-siasat-kes-gaduh-di-tengah-jalan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 10:10 MYT
Klang, 12 Mac 2023 - Polis mengesahkan kejadian pergaduhan yang berlaku di tengah jalan sebagaimana video tular di media sosial berpunca daripada kemalangan melibatkan dua buah lori di Jalan Pelabuhan Barat yang menuju ke Pelabuhan Barat Klang, di sini pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, ACP Cha Hoong Fong berkata, semakan dijalankan mendapati kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 3 petang.

"Sehingga kini pihak polis tidak menerima sebarang aduan ataupun laporan polis berkenaan kejadian tersebut.

"Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan melakukan gaduh gempar di tempat awam yang boleh membawa hukuman penjara selama tempoh enam bulan atau denda sehingga RM1,000," katanya menerusi kenyataan pada Ahad.

Jelasnya, semakan juga mendapati individu yang terlibat telah membuat laporan kemalangan di Balai Polis Trafik IPD Klang Selatan.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini diminta untuk menyalurkannya terus kepada IPD Klang Selatan di talian 03-33762222 atau mana-mana balai polis yang berhampiran," katanya.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.sinarharian.com.my/.../polis-siasat-kes-gaduh...

Sumber: Sinar Harian

May be an image of 1 person and outdoors
ArticlePublished 12 Mar 2023 7.20 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM