Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Isu Tular Polis Kesan Pemandu Lori Cuba Rempuh Orang Awam

Published: 07 Feb 2023 3.38 AM Updated: 17 Jul 2026 3.31 AM
Seremban, 6 Februari 2023 - Polis sedang mengesan seorang pemandu lori yang dipercayai cuba merempuh orang awam yang sedang minum di luar sebuah kedai makan di Taman Permai 3 di sini berdasarkan maklumat daripada sebuah video tular.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-isu-tular-polis-kesan-pemandu-lori-cuba-rempuh-orang-awam
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 14:14 MYT
Seremban, 6 Februari 2023 - Polis sedang mengesan seorang pemandu lori yang dipercayai cuba merempuh orang awam yang sedang minum di luar sebuah kedai makan di Taman Permai 3 di sini berdasarkan maklumat daripada sebuah video tular.

Ketua Polis Daerah Seremban, ACP Nanda Maarof berkata, sehingga kini tiada sebarang laporan polis diterima berhubung insiden tersebut, namun meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan supaya menghubungi pihak berkuasa.

"Hasil semakan mendapati kejadian itu berlaku di Jalan Kerapu Taman Permai 3 di sini namun tarikh dan waktu kejadian masih dalam siasatan.

"Polis dalam usaha mengenal pasti suspek dan orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan," katanya.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.astroawani.com/.../polis-kesan-pemandu-lori...#

Sumber: Astro AWANI

Artikel Pilihan Isu Tular Polis Kesan Pemandu Lori Cuba Rempuh Orang Awam

ArticlePublished 07 Feb 2023 3.38 AMUpdated 17 Jul 2026 3.31 AM