
Article
Artikel Pilihan Isu Tular Polis Cari Pemandu Pacuan Empat Roda Pandu Melulu
Petaling Jaya, 11 Mac 2023 - Polis mengesan pemandu kenderaan pacuan empat roda yang didapati memandu secara melulu sehingga menyebabkan kemalangan di Lebuhray...
Petaling Jaya, 11 Mac 2023 - Polis mengesan pemandu kenderaan pacuan empat roda yang didapati memandu secara melulu sehingga menyebabkan kemalangan di Lebuhraya Persekutuan di sini pada Jumaat.
Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, kejadian itu dipercayai berlaku pada kira-kira jam 10.49 pagi.
"Pacuan empat roda tersebut kemudiannya bertindak melanggar sebuah kereta jenis Perodua Axia sebelum berlalu pergi.
"Orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau berhubung dengan Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya, Inspektor M Sivam di talian 017-3290749 untuk membantu siasatan.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.
Sumber: Sinar Harian