Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Isu Tular Polis Buru Sekumpulan Lelaki Pukul Gelandangan

Diterbitkan: 04 Jun 2023 8.40 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Klang, 4 Jun 2023 - Polis giat mengesan sekumpulan individu terlibat kes pukul gelandangan di sekitar daerah ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-isu-tular-polis-buru-sekumpulan-lelaki-pukul-gelandangan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 23:21 MYT
Klang, 4 Jun 2023 - Polis giat mengesan sekumpulan individu terlibat kes pukul gelandangan di sekitar daerah ini.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, ACP Cha Hoong Fong berkata, pihaknya mengesan dua rakaman video yang tular di media sosial Twitter pada Sabtu memaparkan empat lelaki dipercayai warga tempatan menaiki sebuah kereta yang memukul seorang gelandangan menggunakan pemukul besbol.

Menurutnya, kejadian berlaku di bawah jambatan Pelabuhan Klang berhampiran sebuah pasar raya Lebuh Beringin.

"Pada Ahad, Kaunter Aduan Balai Polis Pelabuhan Klang juga telah menerima laporan daripada seorang wanita tempatan pada jam 12.02 tengah malam mengenai klip video terbabit di Instagram.

"Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan telah membuka satu kertas siasatan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan iaitu mendatangkan kecederaan menggunakan senjata," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Beliau berkata, setakat ini pihak polis sedang menjalankan usaha untuk mengesan mangsa.

Katanya, pada masa sama usaha untuk kesan suspek sedang giat dijalankan.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes ini diminta untuk menyalurkannya terus kepada IPD Klang Selatan di talian 03-33762222 atau mana-mana balai polis berhampiran," ujarnya.

Sumber: Sinar Harian

May be an image of 2 people
ArtikelDiterbitkan 04 Jun 2023 8.40 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM