Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Isu Tular Polis Buru Lelaki Tunjuk Kemaluan Kepada Wanita

Published: 04 Sep 2023 12.43 PM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), ACP Tan Cheng San berkata, terdahulu, rakaman video mengenai perbuatan lelaki itu tular selepas dimuat naik ke dalam laman Twitter kira-kira pukul 9 malam tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-isu-tular-polis-buru-lelaki-tunjuk-kemaluan-kepada-wanita
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 13:29 MYT
Bukit Mertajam, 4 September 2023 - Polis sedang memburu seorang lelaki yang dipercayai berkelakuan tidak senonoh di tempat awam dalam satu kejadian di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), ACP Tan Cheng San berkata, terdahulu, rakaman video mengenai perbuatan lelaki itu tular selepas dimuat naik ke dalam laman Twitter kira-kira pukul 9 malam tadi.

Menurut ACP Tan, siasatan polis mendapati, kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 9 pagi semalam di kawasan parkir kenderaan berdekatan Pizza Hut Alma, di sini.

“Suspek atau lelaki terbabit yang tidak diketahui bangsanya dikatakan datang ke tempat tersebut menaiki sebuah motosikal jenis Yamaha LC135 berwarna merah dengan nombor pendaftaran palsu.

“Ketika kejadian, suspek menghampiri pengadu iaitu seorang wanita warga tempatan yang berada di dalam sebuah kereta.

“Dia (suspek) kemudian membuka zip seluar dan menunjukkan kemaluannya kepada pengadu sebelum beredar tidak lama kemudian,” katanya di sini, hari ini.

Jelas ACP Tan, susulan kejadian berkenaan, pengadu kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Bukit Mertajam di sini dan kes disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.

“Polis mengalu-alukan kerjasama daripada orang awam untuk menyalurkan maklumat berhubung kejadian tersebut kepada pegawai penyiasat, Inspektor Mohd. Yusrashidi Yussof di talian 017-4336334 atau berhubung dengan mana-mana balai polis yang berhampiran,” ujar beliau.

Sumber: Utusan Malaysia

May be an image of 1 person, slow loris, scooter, motorcycle and street
ArticlePublished 04 Sep 2023 12.43 PMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM